Connect with us
Hot Kool Jam

Konsert

Konsert Trio Tak Batal, Tetapi…

Khai Bahar, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi bakal menjayakan konsert Trio mereka pada 2 November ini.

Published

on

Penyanyi Khai Bahar, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi buat pertama kali bakal mengadakan konsert Trio mereka.

Bagaimanapun, konsert yang sepatutnya berlangsung di empat lokasi telah ditukar menjadi satu lokasi sahaja iaitu di Shah Alam pada 2 November ini.

Tiga lokasi lain itu adalah Expo @ Danga City Mall, Johor Bahru (3 Julai), Stadium SUKPA, Kuantan (17 Ogos) dan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (5 Oktober).

Menurut pengarah konsert Mohd Azlan Abd Sukor, masalah penajaan dan penjualan tiket menjadi faktor konsert itu ditunda.

“Pihak penaja tidak boleh beri banyak, jadi mereka minta satu lokasi sahaja. Selepas berbincang dengan pasukan dan beberapa pihak terbabit, semua setuju.

“Asal sahaja konsert ini tidak dibatalkan terus. Sekurang-kurangnya dapat buat satu pun sudah okay. Jadi, kami kena berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan ia dilaksanakan.

Sementara itu, para peminat juga dimaklumkan boleh mendapat pemulangan wang semula jika tidak berhasrat menonton konsert itu di Shah Alam.

“Peminat yang sudah beli tiket untuk tiga lokasi lain akan digantikan dengan tiket konsert di Shah Alam. Kami akan beri tiket baru atau boleh memilih pemulangan semula wang dan akan dihubungi secara berkala.

“Kami mewakili pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Kami amat menghargai sokongan daripada peminat,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Wany menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan dan bukan rezeki.

“Saya juga memahami situasi yang berlaku, jadi terima dengan hati terbuka. Kepada peminat, teruskan menyokong kami dan jangan lupa beli tiket untuk 2 November ini,” katanya.

Bagi Khai pula, keputusan yang dibuat tidak menghalang dirinya untuk terus memberikan komitmen.

“Saya tetap akan memberikan komitmen dan buat yang terbaik demi kejayaan konsert ini. Saya harap peminat pun faham dan jangan putus asa,” ujarnya.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest