Untuk pengetahuan, kedua-dua barangan peribadi milik Amy itu pernah digunakan ketika beliau menjayakan Konsert Jelajah Fenomena 30 Tahun Search, lapan tahun yang lalu.

Amy berkongsi kegembiraannya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

View this post on Instagram

Alhamdulillah selepas 38tahun … Ini ada lah sebuah moment epik. Saat yg ku idamkan. Waktu pertama kali kujungi HRC melihat memorabilia artis2 di dinding berangan dalam hati memorabilia aku turut berada di dinding itu. Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerna mengabadikan salah satu koleksi costume & nuckle head mic stand kenangan yg indah sewaktu konsert Jelajah FENOMENA 30thn SEARCH 2011. Ia menjadi ikonik rock roll trademark Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor. Apa yang membanggakan aku, aku memperoleh sebuah penghargaan bertaraf internasional dan tertinggi dalam karier aku. Walaupun penghargaan ini bukan dari negeri Johor, kebetulan aku budak Johor, dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku! Exclusive hanya di Hard Rock Desaru Coast Hotel Johor, tidak di tempat lain. Dan ini peninggalan aku untuk generasi Rock n Roll seterusnya. Long live rock n roll . . big thanks to @hrhdesarucoast for ths lovely moment !.. . #amysearch #phewiiit #hrhdesarucoast #liveinjohor #bdkjohor #bdkbakobatu

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

Syabas diucapkan! Pasti ini antara kenangan termanis pernah dilalui dalam hidup Amy dan akan diingati selalu.