Connect with us
Hot Kool Jam

Viral

Kuasa Viral Twitter Temukan Adik-beradik Terpisah 15 Tahun

Semoga hubungan adik-beradik ini kekal hingga ke akhir hayat.

Published

on

Hubungan adik-beradik umpana ‘air dicincang tidak akan putus’ kerana masing-masing mempunyai pertalian darah, rupa paras yang hampir serupa dan  lahir dari rahim ibu yang sama.

Biarpun ada yang lama terpisah atas beberapa faktor, jika sudah tertulis takdir Tuhan bertemu kembali, pasti akan bersama jua.

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang tular di media sosial Twitter apabila dia bertemu kembali dengan dua orang kakaknya setelah putus hubungan sejak dia berusia 8 tahun.

Pada awalnya, gadis ini telah memuat naik satu posting di Twitter mencari adik-beradik kandungnya yang terpisah sejak kecil lagi. Dia juga sempat menyertakan wajah mereka sekeluarga ketika kecil sebagai rujukan.

Ternyata usaha yang dilakukan membuahkan hasil apabila ramai yang membantu ‘viralkan’ posting beliau sehingga salah seorang daripada kakaknya telah membalas status tersebut di Twitter.

Siapa sangka impiannya untuk berjumpa dengan kakak-kakaknya sebelum mendirikan rumah tangga akhirnya dimakbulkan, dan menyentuh hati ramai netizen yang menyifatkan pertemuan adik-beradik itu sebagai sesuatu yang istimewa.

Malah, salah seorang lagi kakak gadis tersebut juga tampil menyatakan bahawa dia pernah mencuba mencari adiknya dengan meminta bantuan netizen di laman sosial Instagram namun tidak ditemui.

Sebenarnya, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mengesan adiknya itu namun belum membuahkan hasil sehinggakan  perkongsian di Twitter tempoh hari tular.

Mereka juga telah membuat WhatApps group sesama mereka bagi memudahkan hubungan yang terpisah kembali terjalin semula.

Jom dengarkan perbualan yang sempat dirakam antara Elyna bersama GPH pagi hari ini.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest