Home > #PenaHot > Laa..ini ke maksud ‘cumi’ dalam lagu Pematah Hati yang tengah trending ni!

Laa..ini ke maksud ‘cumi’ dalam lagu Pematah Hati yang tengah trending ni!

 

Gimik ‘percintaan’ antara Nabila Razali dan Aedy Ashraf, sejak pertengahan bulan ini, nampaknya menjadi apabila ia membantu promosi lagu baharu dendangan penyanyi bertudung itu, Pematah Hati, yang dilancarkan semalam.

 

Dalam tempoh 24 jam, video muzik lagu terbabit, arahan dua pemuda dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs itu, menjadi ‘trending’. Sehingga kini jumlah tontonannya menghampiri angka 500,000 di YouTube.

Muzik video menampilkan Aedy, yang juga seorang pelakon itu, juga ketika ini berada di tangga ketiga carta Trending YouTube Malaysia.

Mengulas kejayaan itu, Nabila yang turut dikenali sebagai pelakon berkata, dia tidak menyangka peminat menerima baik Pematah Hati dan video muzik rasmi lagu berkenaan.

Menganggapnya sebagai kejayaan manis, artis berusia 25 tahun ini juga terharu dengan komen positif yang diterima apabila sebahagian peminat menyifatkan video muzik itu bertaraf antarabangsa.

“Saya berharap jumlah tontonan muzik video itu akan terus meningkat dan mampu mencatat angka sejuta tontonan dalam tempoh seminggu. Terima kasih tidak terhingga kepada peminat yang menyokong single terbaru saya dan mereka yang memberikan komen positif,” katanya.

Pematah Hati ialah karya ciptaan penyanyi dan komposer, Hael Husaini, serta Ezra Kong.

Disiapkan dalam masa dua minggu, video muzik lagu itu dirakam di beberapa lokasi di sekitar ibu negara. Selain Aedy, ia turut menampilkan personaliti seperti Yaya Zahir dan Adriana Adnan.

Selain video yang agak catchy, lirik lagu yang berbunyi ‘cumi..cumi..cumi..’ juga menjadi ikutan ramai. Namun tidak ramai mengetahui ‘cumi’ mempunyai maksudnya tersendiri. Menurut Nabila sendiri, ‘cumi’ adalah singkatan bagi perkataan ‘cuba miss call’.

 

 

 

Sumber: bhonline

 

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply