Connect with us
Projek Radio

Muzik Buzz

Lagu Baharu Bunga Citra Lestari Cecah 4.3 Juta Tontonan Tak Sampai 24 Jam Dimuat Naik di YouTube

Go go go BCL!

Published

on

Walaupun hampir lima bulan kehilangan suami tercinta, penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL bangkit muncul dengan single terbaharu berjudul 12 Tahun Terindah.

Perkara ini terbukti apabila video muzik lagu berkenaan yang dimuat naik tidak sampai 24 jam di laman YouTube telah mendapat tontonan lebih 4.3 juta kali daripada peminatnya di Indonesia dan Malaysia.

Lagu ciptaan bersama BCL dan Ifa Fachir adalah terjemahan perasaan dan curahan hati bintang jelita itu selepas pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Februari lalu.

“Pada momen kehidupan ini, saya berusaha melihat lagi tahun-tahun yang sudah saya lalui bersama Ashraf. Saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya 12 tahun terindah bersama Ashraf.

Apa yang menarik, lagu itu bukan sahaja menyaksikan buat kali pertama pelakon filem Habibie & Ainun ini menulis lirik, malah, mengamalkan normal baharu kehidupan apabila merakamkan single berkenaan di studio yang dibina di rumahnya.

Video muzik single 12 Tahun Terindah boleh ditonton di saluran YouTube mulai 19 Julai 2020 dan dilancarkan di semua pelantar digital, 24 Julai 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest