Sudah 32 tahun dalam industri, Aishah yang popular dengan lagu berentak balada ingin berkarya selagi nyawa dikandung badan tanpa mengira genre lagu.

Menurut beliau, judul panjang yang dipilih sekadar untuk tampilkan perbezaan kerana kebiasaannya kebanyakan penyanyi lebih cenderung memilih tajuk lagu yang pendek.

Bercerita tentang bila Oh Dunia Ini Penuh Kepalsuan akan dilancarkan pula, Aishah memberitahu lagu itu akan dilancarkan sebelum hujung tahun ini.

“Jika mengikut perancangan, sebelum saya membuat persembahan di ABP32 pada 22 September depan, tetapi semua masih dalam peringkat perbincangan.

“Namun, apa yang pasti, lagu tersebut akan dikeluarkan sebelum hujung tahun ini,” katanya.

Sama-sama kita nantikan okay!