Connect with us
Hot Kool Jam

Rilis

Lagu Baru Hael Hussaini “Preparation” Untuk Kahwin? Ini Jawapan Hael

Lagu terbaru Hael Hussaini adalah sambungan daripada Jampi dan Hajat

Published

on

Penyanyi Hael Hussaini yang baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya, Hari Ini mendedahkan, ia adalah sambungan daripada lagu-lagu sebelum ini iaitu Jampi dan Hajat.

Semasa bertemubual dengan Geng Pagi Hot di Hot FM, Hael turut ditanya bagaimana dia menyelami alam rumahtangga untuk mendapatkan idea mencipta lagu Hari Ini.
Hael berkata,
“Tak perlu terlalu menyelami, ia lebih kepada mesej tentang kasih sayang antara dua insan, lebih kepada appreciate moment pada saat itu, saat ini, hari itu, hari ini.”
Lagu Hari Ini juga boleh dijadikan “soundtrack” semasa majlis perkahwinan.
Apabila diajukan soalan nakal oleh Shuk, adakah lagu Hari Ini lagu persediaan untuk majlis perkahwinan Hael sendiri ?
Ini jawapan Hael:

“Takde lah preparation pun. Tapi, saya menunggu juga lah, bila saya boleh menyanyikan lagu ni, mendedikasikan lagu kepada orang yang special. Boleh kata , preparation jugak la kan?”
Hael juga berkata, selepas berduet dengan Dayang Nurfaizah untuk lagu Haram, dia belum mempunyai perancangan untuk menyanyikan lagu duet dengan penyanyi wanita lain.
Video muzik Hari Ini sudah mencapai lebih 1 juta tontonan di YouTube.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest