Connect with us

Muzik Buzz

Lagu Duet Ariff Bahran & Sarah Suhairi Cecah 1 Juta Tontonan

Tahniah!

Published

on

“Alhamdulillah 1M views on YouTube!! #BicaraRasa thank you so much

Itulah kapsyen Sarah Suhairi, pemilik lagu Bicara Rasa nyanyiannya bersama dengan Ariff Bahran menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini selepas mendapat tahu jumlah tontonan video muzik mereka mencecah 1 juta tontonan.

Lagu yang mendapat sentuhan daripada Sang Hitam dan Rudy Kasmaran itu turut dibantu oleh pelakon Eric Fuzi bagi mengarahkan video muzik Bicara Rasa.

Sementara itu, lagu ini turut menjadi runut bunyi untuk Drama Rantaian Sara Sajeeda yang telah mula ditayangkan sejak 3 Oktober lalu menerusi slot Samarinda TV3.

Dibintangi oleh pelakon hebat termasuk Tiz Zaqyah dan pelakon yang diimport dari Pakistan iaitu Arslan Asad Butt, drama berkenaan disiarkan setiap jam 10 malam.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest