Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Lagu Duet Terbaharu Hafiz-Adira Istimewa Kerana…

4 tahun sekali !

Published

on

Selepas 4 tahun membawa haluan masing masing, penyayi Hafiz Suip dan Adira Suhaimi kembali bergabung dalam lagu baru berjudul Takdir Tercipta.

Menurut Adira, kelunakan vokal Hafiz dan kemahirannya menyampaikan lagu menguatkan lagu mereka, sekaligus memudahkan mereka bekerjasama.

“Saya harap, lagu ini juga mendapat sokongan tidak berbelah bahagi peminat dan diingati seperti Ombak Rindu yang pernah mencetus fenomena sedikit masa dahulu.”

Gandingan Hafiz dan Adira pernah mencetus fenomena menerusi lagu duet, Ombak Rindu pada 2011, kemudian diikuti dengan lagu berjudul Untuk Cinta yang menjadi lagu tema filem pilot Café pada 2015.

Sementara itu, Hafiz pula berharap lagu duet mereka akan menamatkan penantian dan kerinduan peminat yang mahu dia serta Adira kembali berduet.

“Secara kebetulan, single solo kami iaitu Kisah Cinta Kita dan Pujaan Hati turut menggunakan khidmat komposer sama. Perkara ini sebenarnya tidak dirancang.

“Secara peribadi, saya memang suka dengan karya ciptaan mereka. Saya berharap, lagu duet ini akan kembali menghantui persada muzik seperti sentuhan sebelum ini.”

Hafiz juga menyifatkan, gandingan mereka sedikit istimewa kerana hanya muncul empat tahun sekali.

Takdir Tercipta turut terpilih menjadi lagu runut bunyi drama, Lelakimu Yang Dulu dibintangi Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Ia bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 19 September.

Sumber: Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest