Connect with us
Hot Selebriti

Rilis

Lagu Eh – Zizi Kirana Dapat Sambutan

Eh…Eh…Eh

Published

on

Penyanyi, Zizi Kirana yang popular menerusi lagu Nak Ke Tak Nak tampil dengan single terbaru berjudul Eh.

Pada 29 November lalu, penyanyi yang sinonim dengan lagu bergenre rap itu telah pun melancarkan video muzik lagu berkenaan di laman Youtube dan ternyata mendapat sambutan baik peminat.

Menariknya, lagu Eh disuntik elemen tradisional melayu yang jelas berbeza daripada lagu Zizi sebelum ini biarpun masih mengekalkan elemen hip hop dan lantunan rap.

Untuk pengetahuan, melodi lagu ini merupakan kolaborasi Zizi dan Navigator manakala liriknya hasil nukilan penulis lirik, Mambang serta Zizi sendiri.

Eh mengisahkan tentang dirinya sendiri yang tak pernah tertekan walaupun sentiasa berdepan kecaman netizen.

Sejak dilancarkan, video muzik lagu Eh telah meraih lebih 408,000 tontonan serta 15,000 tanda suka di laman Youtube.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest