Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

Lagu Negaraku Berkumandang, Semua Pelanggan Restoran Ini Berdiri Tegak, Syabas!

Harapnya sampai bila-bila kita akan hormat pada lagu kebangsaan.

Published

on

Sabtu lalu negara kita baru sahaja menyambut Hari Kemerdekaan ke-62.

Syukur negara kita masih aman dan sejahtera!

Nama pun sambutan hari merdeka, sudah pasti lagu Negaraku akan berkumandang dan dipasang di merata-rata tempat kan?

Satu video dikongsikan oleh @ladydarshankaur tular di media sosial apabila suasana di sebuah restoran bertukar serta merta tatkala lagu Negaraku berkumandang.

Semua pelanggan di restoran berkenaan berdiri dan turut menyanyi. Wah, bangga dengan rakyat Malaysia!

Ye lah, walaupun teknologi semakin canggih, dunia dah semakin moden, semangat cinta pada negara dan rasa hormat harus kita semai dalam diri sampai bila-bila. Jangan buat ‘tak reti’ je…

Setakat ini, video yang dikongsi telah meraih hampir 130K jumlah tontonan dan 5.4K retweets serta 5.2K tanda suka.

Ini pula reaksi daripada netizen.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest