Connect with us

Muzik Buzz

Lagu Tema Mahligai Cinta Sweet Habis!

Cepat sikit pukul 9 malam!

Published

on

Selepas mendapat sambutan ketika membuat persembahan pada malam Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini, penyanyi duo Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah tampil memaklumkan lagu mereka yang berjudul Hari Ini bakal dijadikan lagu tema program Mahligai Cinta yang disiarkan di TV3.

Menariknya kali ini, video muzik lagu tersebut turut akan dilancarkan malam ini menerusi saluran Youtube pada jam 9 malam.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan masing-masing sudahpun memuat naik teaser yang membuatkan ramai pengikut mereka tidak sabar menantikan kehadiran video muzik berkenaan.

Menjengah ke laman Instagram penyanyi yang popular menerusi lagu Hajat, Hael pula rata-rata memuji selain menyatakan lakonan penyanyi tersebut dalam video itu sangat natural.

Sementara itu, Portal Mahligai Cinta turut tampil berwajah baharu dengan lebih banyak info-info berkenaan perkahwinan.

Jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai maklumat terkini tentang perkahwinan, tip, dan macam-macam lagi tentang perkahwinan bolehlah layari www.mahligaicinta.my atau boleh layari Instagram di @mahligaicintatv3

 

Sumber daripada: Instagram @mahligaicintatv3

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest