Connect with us
Duit Dari Kayangan

Muzik Buzz

Lama Menghilang, Nazrey Johani Dedah Sebab Pilih Ariff Bahran Untuk Sebenarnya Cinta

Kalau anda diberi pilihan berduet, anda pilih siapa?

Published

on

Penyanyi nasyid Nazrey Johani yang sebelum ini pernah mengumumkan pengunduran diri daripada bekas kumpulannya Raihan pada tahun 2006 memaklumkan dia kini berada di Ranau, Sabah.

Pengumuman berkenaan dibuat ketika ditanya oleh Geng Pagi Hot pada 4 Mei 2020 yang berjaya mendapatkannya untuk ditemu ramah.

Menurutnya dia kini sedang sibuk mengendalikan sebuah madrasah di Sabah, selain menetap di sebuah kediaman berdekatan Tapak Bekas Lombong Tembaga Mamut.

Dalam perkembangan lain, Nazrey telah tampil dengan lagu baharu nyanyiannya bersama dengan Ariff Bahran berjudul Sebenarnya Cinta yang turut telah di muat naik di laman Youtube pada 24 April 2020.

Apabila ditanya tentang sebab memilih pendatang baharu tersebut, Nazrey dengan pantas menjelaskan sebabnya:

“Ariff daripada kecil memang meminati lagu-lagu Raihan dan pernah berhasrat untuk berkolaborasi bersama.”

Nazrey turut berbesar hati digandingkan bersama dengan Ariff yang turut popular dalam kalangan remaja kini selain menyatakan dia tidak mengalami sebarang masalah ketika merakamkan lagu berkenaan dengan Ariff.

Dengarkan perbualan lanjut di antara Shuib, Fizie dan Shuk di bawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest