Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Lama Tak Jumpa Keluarga, Aliff Aziz Mahu Semua Ini Berakhir

Kita doakan supaya rantaian Covid-19 ini akan dapat diputuskan dengan segera…

Published

on

Umum sudah mengetahui bahawa pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah sudah pun menimang cahaya mata kedua mereka pada 18 Julai yang lalu.

Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan di Malaysia sekaligus menutup pintu sempadan negara sehingga membuatkan penyanyi yang popular menerusi lagu Sayang Sayang itu tidak dapat berjumpa dengan keluarganya di Malaysia.

Walaupun tidak dapat berjumpa bertentang mata, Aliff tetap tidak gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.

Sebab Bella Jumpa Aliff Aziz

Sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang keempat sekaligus menjadikan tempoh perkenalan mencecah tahun kelapan, Aliff telah memuat naik satu posting penuh romantis dan beremosi di laman Instagram miliknya.

Aliff memuat naik ucapan ulangtahun perkahwinan mereka seterusnya melahirkan rasa rindunya terhadap keluarga yang jauh di mata namun dekat dihati.

Menurut Aliff, dia akui bahawa dia bukan la seorang suami yang sempurna tetapi mereka harus terus kuat untuk meneruskan hidup dan perkahwinan.

Rasa rindu kepada keluarga membuatkan Aliff berasa tidak sabar untuk menantikan semua dugaan ini berakhir.

Ramai peminat mendoakan kebahagian perkahwinan kedua mereka dan berharap agar jodoh mereka terus dipanjangkan dan terus menempuh alam rumah tangga bersama-sama.

Pasangan suami isteri ini pernah bercerai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali demi masa hadapan anak pertama mereka ketika itu.

Kini, mereka telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel iaitu Ayden Adrean, 4 tahun dan Ara Adreanna.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest