Home > #PenaHot > Lapangan Terbang Bali Dibuka Semula

Lapangan Terbang Bali Dibuka Semula

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali dibuka semula, tengah hari tadi selepas ditutup selama tiga hari, menurut pihak berkuasa lapangan terbang itu.

Ini diumukan selepas abu dari Gunung Agung bertukar dari arah hab pengangkutan pulau peranginan berkenaan.

Keputusan amat ditunggu-tunggu itu membuka harapan bagi lebih 120,000 pelancong yang terkandas apabila peningkatan kegiatan di gunung berapi itu membuat ratusan penerbangan dibatalkan sejak Isnin lalu.

Image result for stranded airport

“Ruang udara dibuka semula pada jam 3.00 petang waktu tempatan. Namun, kita akan terus memerhatikan situasi di lapangan,” kata jurucakap lapangan terbang, Arie Ahsanurrohim.

Bagaimanapun, pegawai lapangan terbang mengingatkan bahawa satu-satunya pintu masuk antarabangsa langsung ke pulau peranginan itu boleh ditutup lagi jika angin berubah arah dan asap dan abu yang menjulang tinggi menimbulkan risiko penerbangan.

 

 

 

Sumber dari: Reuters

Kongsi laman ini di:

Leave a Reply