Connect with us
Hot Selebriti

Inspirasi

Larangan Ziarah Masa Raya, Warga Emas Kongsi ‘Pesanan’ di Gate Rumah!

Kalau tak faham bahasa jugak, memang nak kena la!

Published

on

Selepas Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan arahan dan nasihat untuk tidak membuat perhimpunan besar semasa Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) , ramai yang mengingatkan ahli keluarga masing masing untuk tidak menerima tetamu dan menghadkan bilangan ahli keluarga untuk datang ziarah pada hari raya pertama.
Demi menurut arahan dan saranan KKM bagi mencegah penularan Covid 19, seorang lelaki warga emas turut membuat ‘pesanan’ yang ringkas namun tepat, bukan di laman sosial, tetapi dengan meletakkan signage di luar pintu pagar rumahnya!
Salah seorang anak warga emas ini berkongsi perbualan keluarga mereka di Whatsapp di Instagramnya dan disambut baik oleh ahli keluarga yang sememangnya mahu kesihatan ibu dan bapa mereka terpelihara.

 

Difahamkan, ahli keluarga ini juga sudah membuat “jadual” untuk adik beradik datang menziarah ibu bapa mereka agar tiada kumpulan besar duduk di dalam satu rumah.
SYABAS!
Menurut KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sekiranya dijangka tidak dapat mengamalkan penjarakan sosial, lebih baik untuk tidak melakukan ziarah.
Semoga kita semua menjaga dan memelihara ahli keluarga masing masing, agar dapat memutuskan rantaian Covid 19.
Terus nasihat menasihati agar semua memahami keseriusan virus ini dan tidak terjadinya KLUSTER RAYA!

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest