Connect with us
You Da Boss

Viral

Lawak! Gadis Malas Print Boarding Pass, Ini Yang Dilakukan Rakannya

Jangan percaya rakan korang!

Published

on

Bercuti memang saat-saat yang ditunggu-tunggu, lebih-lebih lagi untuk pelajar yang baru tamatkan peperiksaan ataupun bagi pekerja yang mengambil cuti panjang.

Tak kiralah dalam negara mahupun luar negara, lokasi yang dituju pastinya mampu membuatkan mereka tenang dan aman.

Namun sebelum bercuti, terdapat beberapa hal yang perlu di sediakan termasuk barang-barang keperluan, pakaian, kasut, passport (jika bercuti luar negara) dan tak lupa juga boarding pass yang perlu dicetak sebelum terbang ke mana-mana destinasi.

Terbaharu, menerusi satu ciapan video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter yang bernama Anon, seorang gadis dilihat terkejut dengan tindakan rakannya yang membantunya mencetak boarding pass bukan bersaiz A4.

Rakannya yang juga berbangsa Cina itu juga kelihatan terhibur dengan reaksi gadis berkenaan. Gadis tersebut meneruskan perjalanannya untuk ke imigresen bagi pengesahan.

Pihak imigresen yang bertugas seakan-akan tahu perkara itu berlaku malah dia tersenyum ketika gadis berkenaan menunjukkan boarding pass tersebut.

Video tersebut nyata mendapat perhatian ramai setelah ia ditonton lebih daripada 100,000 kali dan dikongsi netizen lebih daripada 17,000 kali.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest