Connect with us
Projek Radio

Viral

“Lebih Baik Dari Tik Tok,” Persembahan Sep Sep Tom Tom Dari Kanak-Kanak Ini Terima Pujian Ramai!

Menarik!

Published

on

Sebelum kewujudan telefon pintar, komputer riba, tab dan sebagainya mesti ramai yang masih ingat permainan yang menjadi rutin harian bagi kanak-kanak dahulu kala sebelum tahun 2000.

Pasti masih terngiang-ngiang dengan permainan tepit tiang, galah panjang, teng-teng, batu seremban, naik basikal dan sebagainya yang turut menjadi permainan pada waktu persekolahan.

Selain permainan, sekolah-sekolah turut menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengimbangi waktu pembelajaran murid-murid dan pelajarnya termasuklah dengan tarian.

Terbaharu, tular persembahan dari Tunas Seni Cemerlang dengan tarian menarik “Sep Sep Tom Tom” yang popular sekitar 90-an di laman Twitter.

Jom kita saksikan:-

Walaupun ia sudah lama di muat naik iaitu pada 18 Januari 2019, ternyata persembahan ini masih mendapat sambutan malah segar dalam ingatan orang ramai.

“instead of playing tiktok, you can join this kids!,” komen seorang netizen.

Sehingga kini, video tersebut mendapat lebih daripada 11,000 perkongsian serta reaksi positif daripada orang ramai yang mahukan budaya ini diteruskan pada akan datang.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest