Connect with us
alt_img

Selebriti

Lee Chong Wei Umum Bersara

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengucapkan selamat tinggal kepada arena badminton selepas 19 tahun mencurah keringat.

Published

on

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya pada usia 37 tahun selepas 19 tahun mencurah keringat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas yang berlangsung di pejabat Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya pada Khamis, 13 Jun 2019.

Dilihat mengalirkan air mata ketika berucap, bekas pemain nombor satu dunia itu menjelaskan ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatnya.

Bagaimanapun, selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo, Chong Wei nekad mahu bersara bagi mencegah kanser hidung yang dihadapinya menyerang kembali.

“Saya ada ke Taiwan pada April lalu dan doktor yang merawat saya merasakan tidak sesuai lagi untuk saya meneruskan latihan dengan intensiti tinggi.
“Jadi selepas pulang saya mengambil masa selama sebulan untuk memikirkan mengenainya sebelum saya membuat keputusan untuk bertemu Menteri Belia dan Sukan (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM (Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria) bagi meminta pandangan mereka.
“Saya akhirnya membuat keputusan untuk menggantung raket selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari, ia adalah keputusan berat untuk saya tetapi apa yang paling penting adalah isu kesihatan saya,” katanya.

Ketika menyampaikan pengumuman berkenaan, Chong Wei yang ditemani Syed Saddiq, Norza dan juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong turut berterima kasih kepada semua pihak yang banyak menyokong sepanjang 19 tahun kariernya dalam badminton.

“…lebih penting ialah saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media yang sokong saya sepanjang 19 tahun karier saya. Bukan senang saya selalu pakai baju Gemilang Malaysia dan ke beberapa tempat untuk bermain di pelbagai kejohanan. Saya berbangga dapat memberikan keputusan yang terbaik untuk negara saya.
“Banyak orang lagi saya mahu berterima kasih. Saya hendak ucap terima kasih kepada KBS, MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara) dan lebih penting BAM. Terima kasih istimewa kepada semua jurulatih saya terutamanya Datuk Misbun (Sidek) yang membentuk saya, Hendrawan, Sew Bock yang banyak ikut saya serta pegawai ISN.
“…dan terima kasih juga kepada keluarga, isteri saya. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong saya bertarung demi negara,” katanya dalam linangan air mata.

Antara pencapaian besar Chong Wei yang terus diingati adalah pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.

Beliau juga tiga kali muncul naib juara dunia bermula edisi 2011 di London, 2013 di Guangzhou dan 2015 di Jakarta.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest