Connect with us

Muzik Buzz

Lelaki Di Telefon Tiru Donde Pula? Ini Komen Afieq Syazwan

Lagu Afieq Syazwan ada elemen reggaeton

Published

on

Penyanyi Afieq Syazwan menafikan lagu Lelaki Di Telefon meniru lagu Donde dan Satu Peluang dendangan Andi Bernadee seperti dakwaan segelintir pihak warganet ketika ini.

Menurut Afieq, dia memberi suntikan tradisional dengan elemen kemelayuan dalam lagu Lelaki Di Telefon.

“Tidak timbul soal meniru, saya dan Andi masing masing ada kelompok peminat sendiri.”

“Dakwaan itu tidak betul. Idea asal lagu Lelaki Di Telefon adalah daripada komposer DJ Fuzz dan Aziquebeats.”

Afieq juga berkata, Lelaki Di Telefon turut mendapat inspirasi formula lagu dari barat, iaitu reggaeton.

“Lagu reggaeton juga skopnya tidak besar. Tempo lagu ini juga diinspirasi daripada muzik kumpulan terkenal latin dari Amerika Syarikat, CNCO.”

Afieq mengakui ramai yang bertanya mengenai persamaan lagu Lelaki Di Telefon dengan lagu Andi.

“Lagu Andi mungkin lebih seksi, tetapi Lelaki Di Telefon lebih kepada untuk mengajak remaja menari bersama.”

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest