Connect with us
You Da Boss

Inspirasi

Lelaki Ini Hiburkan Wanita OKU Dengan Lagu P. Ramlee, Lihat Reaksinya!

Selagi kita hidup, berbuat baiklah sesama manusia.

Published

on

Islam sangat menggalakkan umatnya menghubungkan silaturahim.

Amalan mengunjungi rumah warga tua untuk menziarahi mereka juga adalah perkara yang dituntut.

Ini kerana amalan tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan warga tua dengan masyarakat sekitar, meringankan kesusahan yang ditanggung dan paling penting, warga tua akan merasakan bahawa mereka masih diperlukan oleh komuniti.

Rabu lalu seorang lelaki di Twitter tular apabila berkongsi video melawat rumah orang-orang kurang upaya (OKU).

@meltqeen menarik perhatian netizen apabila menyanyikan lagu seniman agung P.Ramlee kepada seorang wanita penghuni rumah OKU tersebut.

Katanya, wanita itu amat meminati P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Tan Sri Zakaria Bin Teuku Nyak Puteh!

Wah, sampai ke telinga dia senyum! Sehingga kini rakaman tersebut telah mendapat ratusan ribu tontonan dengan 10.6K retweets dan 18.1K likes sejak dimuatnaik.

Di ruangan komen pula, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak apabila melihat bagaimana wanita itu memberikan respon kepada nyanyian lelaki ini.

Setiap yang muda pasti merasai hari tua. Selagi kita hidup, berbuat baiklah sesama manusia.

Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada semua pembaca.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest