Connect with us
Hot Selebriti

Drama

Lelakimu Yang Dulu Trending No.1 di Twitter!

“You will always be my Mastura”

Published

on

Selepas 29 episod bersiaran menerusi saluran TV3, babak akhir drama Lelakimu Yang Dulu terus mendapat sambutan ekoran trending no.1 di laman sosial Twitter semalam.

Drama yang diadaptasi daripada novel karya Farah Darianna terbitan Idea Kreatif ini, turut mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Memetik ciapan seorang pengguna Twitter menyatakan, “Hazrul reminds me of Jebat.” dimana mereka pernah digandingkan dalam satu lagi drama yang popular iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Malah, menerusi platform yang sama rata-rata pengikut drama ini berpuas hati dengan pengakhiran jalan cerita tersebut selain sempat memuat naik video drama terbabit.

Sementara itu, menjengah pula di laman Instagram rasmi milik Sharnaaz Ahmad, pelakon tersebut memuat naik sekeping foto Nelydia Senrose.

Sharnaaz turut melahirkan penghargaan buat gandingannya itu, selain sempat memohon maaf sekiranya dia pernah melakukan kesilapan.

View this post on Instagram

Ni nak cakap sikit kat bi, terima kasih sebab banyak support abang dari segi mental melalui fasa yg sukar masa shoot cerita ni.. you are always there during hard and good times.. and what i can say is, you will always be my no1 co star and always my mastura.. maafkan abang kalau ada tergurau kasar atau melawak lebih.. thank you so much for taking this job and do it with your heart.. no one can replace you as my no 1 sparring women.. fullstop.. jika berjodoh pasti kita berjumpa lagi InsyaAllah. Thank you my hana mastura #lelakimuyangdulu

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest