Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

“Lepas Ni Kena Beli Dua Hadiah. Masak Aku!” – Shaheizy Sam Dapat Baby Girl

“Kini, kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,”

Published

on

Pelakon, Shaheizy Sam berkata, kelahiran bayi perempuannya adalah hadiah hari jadi bermakna buat ibunya Kathy Fauziah.

“Mommy dapat hadiah hari jadi yang tidak dijual. Mommy dan ‘baby girl’ berkongsi tarikh hari jadi yang sama. Selepas ini, kena beli dua hadiah. ‘Masak’ aku,”
Pelakon Polis Evo itu menimang cahaya mata kedua apabila isterinya Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, pada Rabu 17 April.

Instagram Shaheizy_sam

 “Kini, kami tidak lagi bertiga. Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,”

Instagram Shaheizy_sam

Sementara itu, Syatilla tidak ketinggalan berkongsi rasa syukur di atas kelahiran anak kedua mereka.

“Alhamdulillah, bayi perempuan kami sudah lahir. Sihat gebu anak perempuan saya. Tadi, sempat buat tutorial mekap dalam bilik pembedahan. Terima kasih suami kerana sentiasa di sisi,”
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu sebelum ini, dikurniakan anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun.

Instagram samtilla

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest