Connect with us
You Da Boss

Filem

Lima Hari Ditayangkan, Sangkar Raih Hampir RM5 Juta

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!

Published

on

Dalam masa lima hari sahaja, filem aksi Sangkar arahan pengarah terkenal Kabir Bhatia mencatat kutipan RM4.8 juta.

Jumlah berkenaan adalah hasil tayangan di tiga negara, Malaysia, Singapura dan Brunei sejak 29 Ogos lalu sekaligus menyaksikan Sangkar telah melepasi modal pembikinan filem sebanyak RM2.8 juta.

Karya hasil kerjasama Primeworks Studios, Astro Shaw, Infinitus Gold dan MM2 Entertainment itu turut menyaksikan tiket bagi 107 slot tayangan di pawagam tempatan habis ditempah pada 1 September lalu.

Selain dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah, Sangkar turut menampilkan pelakon seperti Ray, Nik Adam Mika, Aman Graseka, Carliff Carleel, Andy Teh serta atlet tinju profesional seni pertahanan diri campuran (MMA), James ‘Sledgehammar’ Mcsweeney.

Sangkar mengisahkan tentang seorang atlet MMA, Adam, ingin menebus kesalahannya terhadap Johan yang cedera parah akibat perlawanan mereka di luar gelanggang. Adam perlu bertarung dan memenangi pertandingan MMA bagi mendapatkan habuannya untuk membantu Johan sekeluarga.

Bukan sekadar pertarungan sahaja, Sangkar juga memaparkan elemen persahabatan, kekeluargaan, agama dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Sangkar yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara serta Brunei dan Singapura!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest