Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Lima Tahun Bergelar Pelakon, Ben Amir Akhirnya…

Nama pelakon, Ben Amir kini mula dikenali selepas lima tahun bekerja keras untuk mendapat tempat dalam bidang lakonan.

Published

on

Nama pelakon, Ben Amir kini mula dikenali selepas lima tahun bekerja keras untuk mendapat tempat dalam bidang lakonan.

Popular menerusi drama Menantu Ting Tong, Ben mengakui tidak pernah cemburu dengan populariti dikecapi rakan seperjuangannya yang lain, malah akan terus memberikan yang terbaik bersandarkan bakat lakonan dimiliki.

“Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Hasil kerja keras, barulah diberi kepercayaan watak pembantu dan akhirnya diberi watak utama dalam drama.” katanya.

Dalam pada itu, Ben merancang untuk menapak dalam industri lakonan bagi tempoh masa yang lama dan tidak mahu nama yang dikecapinya hanya untuk sementara saja.

“Saya mahu nama terus bertahan dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang. Selagi ada tawaran dan rezeki tidak putus dalam bidang lakonan, ia sudah cukup bermakna untuk perkembangan karier seni,” katanya lagi.

Ben juga tidak meletakkan populariti sebagai perkara utama dalam hidup kerana baginya yang penting adalah bakat lakonan seseorang dalam industri seni.

“Populariti jatuh nombor dua. Apa yang penting, saya mahu membina profil dalam industri seni bersandarkan bakat lakonan, bukan popular dan dikenali dengan gosip atau kontroversi semata-mata,” ujarnya.

Bercerita tentang perkembangan terbaru, Ben kini dalam perancangan untuk beraksi dalam projek filem genre aksi dan dia sudah membuat persiapan dengan mendalami seni mempertahankan diri.

“Saya mahu menjadi pelakon yang hebat dan ‘versatile’ seperti idola, Bront Palarae. Sebagai persediaan ke layar perak, saya juga mendalami seni mempertahankan diri muay thai sejak setahun lalu.” tambahnya lagi.

Selamat maju jaya Ben Amir!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest