Connect with us
Hot Kool Jam

Drama

Lisa Surihani Bedah Mayat Cantik…Seram!

Lisa bergabung dengan Faizal Hussein

Published

on

Pelakon Lisa Surihani selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem bergenre seram berjudul Cantik.

Foto Instagram Lisasurihani

Lisa membintangi telefilem itu bersama Faizal Hussein, membawakan watak sebagai pakar forensik.

Foto Instagram lisasurihani

Menurut Lisa, telefilem itu adalah mengenai dua pakar forensik bernama Doktor Dina dan Doktor Malek yang melakukan bedah siasat terhadap satu mayat wanita yang tidak dikenali identitinya, namun kecantikannya mencetus persoalan.

Lebih menarik, semasa autopsi dijalankan, mereka menemui susuk dalam badan mayat itu.

“Perkara aneh mula berlaku bila susuk-susuk itu dikeluarkan dari tubuh badan mayat itu.”

“Mayat wanita yang digelar Cantik ditemui dalam paya, dan kami akhirnya mengetahui mengapa mayat itu ditemui di kawasan itu.”

Pelakon Natasha Elyzza membawakan watak mayat yang digelar Cantik.

Foto Instagram natashaelyzza

Telefilem itu dijangka ditayangkan pada hujung bulan Oktober.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest