Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Liza Hanim Dapat Baby Boy!

Penyanyi, Liza Hanim baru-baru ini berkongsi berita gembira di laman Instagram apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu.

Published

on

Penyanyi, Liza Hanim baru-baru ini berkongsi berita gembira di laman Instagram apabila selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu.

Untuk pengetahuan, bayi lelaki seberat 2.85 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

“Alhamdulillah dengan izin-Nya saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam (Sabtu) pada pukul 11 malam.” tulisnya di laman Instagram.

Sementara itu, laman sosial penyanyi bernama Haliza Hanim Abdul Halim ini juga turut dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis termasuk Dayang Nurfaizah, Haiza, Puan Sri Tiara Jacquelina, Lan Solo, Dia Fadila serta Syura Badron.

“Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua. Alhamdulillah.” ujarnya lagi.

Liza mendirikan rumah tangga dengan ahli kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 15, Marissa Qalreen, 9, Mohamed Salahuddin, 7, dan Mohamed Ibrahim, 3.

Tahniah Liza Hanim!

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest