Connect with us
Hot Kool Jam

Filem

Lucasfilm Lancar Treler Kedua Star Wars, Ada Penampilan Terbaharu Di Situ!

Tak sabar nak tengok!

Published

on

Selepas beberapa bulan Lucasfilm menayangkan sedutan pertama filem Star Wars pada April lalu, produksi tersebut baru-baru ini telah melancarkan sedutan kedua dari naskhah terbaharunya iaitu ‘The Rise of Skywalker’ yang juga merupakan episod kesembilan filem tersebut.

Treler berkenaan mula dipaparkan menerusi Disney D23 Expo 2019 di Anaheim, California pada Ahad lalu (25 Ogos 2019)

Menurut sebuah portal hiburan online, mereka menggelarkan treler itu sebagai ‘sizzle reel’, namun ia sedikit pun tidak menjadi isu kepada peminat tegar Star Wars saga.

Lebih menarik lagi buat peminat filem sci-fi ini adalah penampilan terbaharu Rey yang muncul dengan pedang lightsaber berkembar berwarna merah.

Namun, jalan cerita tersebut mengundang pelbagai reaksi peminat sehingga ada yang menganggap Rey akan bertukar menjadi watak jahat.

Star Wars: The Rise of Skywalker dijangka dipertontonkan di pawagam pada pertengahan Disember depan.

Treler filem ‘Star Wars: The Rise of Skywalker’ yang berdurasi dua minit lebih itu bermula dengan gabungan semua episod Star Wars termasuk visual Luke Skywalker dan Princess Leia sewaktu muda termasuk transformasinya kepada Jeneral Leia.

Antara barisan pelakon yang kembali membintangi filem itu termasuk John Boyega (Finn), Lupita Nyong’o (Maz Kanata), Kelly Marie Tran (Rose), Domhnall Gleeson (Hux), Joonas Suotamo (Chewbacca), Anthony Daniels (C-3PO), Jimmy Vee (R2-D2), Billie Lourd (Kaydel Ko Connix), Naomi Ackie (Jannah), Mark Hamill (Luke Skywalker).

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest