Connect with us
Projek Radio

Viral

Lucu! Cita-Cita Nak Jadi Pelumba Formula 1 Tercapai, George Russel Kongsi Biodata Di Bangku Sekolah

Impian kini menjadi kenyataan!

Published

on

Korang masa di bangku sekolah dulu mesti ada buku biodata kan? Kumpul biodata kawan-kawan untuk di buat kenangan.

Isi kandungan biodata tersebut termasuklah nama penuh, umur, tarikh dan tempat lahir, warna, makanan dan minuman kegemaran serta yang paling popular mestilah cita-cita.

Terbaharu, pelumba Formula One, George Russel tular menerusi satu ciapan yang dimuat naik dengan gambar yang menunjukkan biodatanya sewaktu dia berumur 8 tahun.

Menariknya, warna kegemaran yang ditulis ketika itu juga menunjukkan jumpsuit (baju perlumbaan) rasmi yang di pakai ketika ini.

Ciapan berkenaan sehingga kini telah meraih lebih daripada 1,000 perkongsian selain ramai yang bangga dengan pencapaiannya ketika ini.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest