Connect with us
You Da Boss

Viral

Lucu! Netizen Terhibur Gelagat Seorang Bapa Pakai Tudung

Selalu kita tengok golongan remaja lelaki je yang sering berjenaka memakai hijab kan, kali ini berbeza pula situasinya.

Published

on

Selalu kita tengok golongan remaja lelaki je yang sering berjenaka memakai hijab kan, kali ini berbeza pula situasinya.

Menerusi laman Twitter @ainxzlkha dia telah berkongsi sebuah foto screenshot menghadiahkan sehelai tudung buat ibunya di aplikasi Whatsapp.

“Aku beli tudung, then tengok abah aku gaiss. HAHAHAHAHHA,” tulisnya pada status.

Tidak dinafikan nampak begitu cantik ibu kepada wanita yang digelar Nana itu apabila memakai tudung yang dihadiahkan.

Malah warna biru juga ‘kena’ dengan pakaian yang dipakai sewaktu itu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah apabila ibunya kemudian secara berjenaka menghantar satu lagi foto bapa Nana juga memakai tudung.

“Nana beli seorang satu ke, Mak dan abah?,” usik ibunya. 

Ekoran itu, status yang dimuat naik Nana telah tular di laman sosial Twitter dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel ibu bapanya.

Status itu juga kini telah mendapat 18,000 retweet dan 15,000 tanda suka di laman sosial berkenaan.

Mungkin bapanya juga teringin hadiah daripada Nana? Apa pun tindakan bapanya yang memakai tudung memang mencuit hati habis!

Sementara itu, warga Twitter juga turut memberitahu wajah kedua ibu bapa Nana kelihatan begitu seiras jika memakai tudung dan sukar membuat perbandingan.

Dalam pada itu, Nana juga memaklumkan ibu bapanya hanya tinggal berdua sahaja di rumah dan itu cara mereka bergurau senda.

Comel je kan bila orang tua-tua bergurau senda. Bila anak-anak jauh dari rumah, tinggal berdua itulah masa yang sesuai untuk kembali bercinta macam muda-muda dulu!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest