Connect with us
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak

Viral

“Macam Menunjuk” Ada Yang Pertikaikan Kebaikan, Netizen Bersatu Hati Pertahankan Ustaz Ebit Lew

Terima kasih ustaz

Published

on

Umum pastinya sudah mengetahui bahawa Ustaz Ebit Lew terkenal dengan sikap prihatinnya kepada masyarakat tidak kira bangsa ataupun agama.

Jika dilihat sepanjang tahun 2020 ini, ramai orang susah telah berjaya dibantu oleh beliau tak kira di mana pun tempat tinggal mereka.

Namun baru-baru ini, ada pula isu yang tidak enak didengar telah berlegar-legar di media sosial.

Terdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan kebaikan yang dilakukan oleh beliau serta mempertikaikan mengapa beliau sering membawa kamera bersama-sama setiap kali membuat kebaikan.

Untuk pengetahuan, dana yang diperolehi oleh beliau datang daripada derma yang diberikan oleh orang ramai.

Disebabkan itu beliau sentiasa memuat naik foto dan video setiap derma yang dilakukan supaya si pemberi tahu ke mana wang mereka itu disalurkan.

Dalam masa yang sama, laman Twitter dipenuhi dengan twit sokongan terhadap Ustaz Ebit Lew sekali gus dibanjiri dengan nombor akaun pendakwah tersebut.

Apa pun, kita doakan sahaja semoga Ustaz Ebit Lew terus dimurahkan rezeki dan dapat membantu ramai lagi orang yang sedang dalam kesusahan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest