Connect with us
Hot Kool Jam

Muzik Buzz

Magis “Padu Bossku” Catat Lebih 800K Tontonan!

Tahniah! Memang Padu Bossku.

Published

on

Kumpulan nasyid UNIC tampil dengan lagu terbaru, Padu Bossku iaitu hasil gabungan genre rock nyanyian Harry Khalifah.

Menariknya, lagu duet mereka itu menjadi antara 20 yang trending di laman YouTube pada 1 Julai lalu dan kini mencatat lebih 800,000 jumlah tontonan.

“Kejayaan ini sesuatu yang luar biasa dan boleh dibanggakan. Memang tidak dijangka, selepas seminggu dimuat naik di YouTube lagu ini antara 20 lagu yang trending pada 1 Julai lalu,” kata Mohd Fakhrul.

Menurut Fakhrul, lagu ciptaan Harry itu mengisahkan seorang majikan yang rendah diri, malah tidak sombong dengan pekerja bawahan.

“Pembikinan video muzik turut menampakkan watak majikan yang boleh menunggang motosikal dan berbual dengan pekerjanya.

“Biarpun ia genre rock, kami memasukkan qasidah dan taranum dalam nyanyian. Projek ini (lagu Padu Bossku) adalah permulaan dan selepas ini ada kerjasama seterusnya bersama Apak (Harry),” ujarnya.

Fakhrul berharap Padu Bossku dapat diterima oleh peminat rock di samping menyebarkan mesej-mesej berguna di dalam lirik lagu berkenaan.

“Banyak mesej tersirat dalam lagu ini. Ia langkah berani diambil UNIC untuk menggabungkan nasyid dan rock kerana kami tahu dua genre ini ada peminat tersendiri.

“Sasaran utama kami sebenarnya adalah menarik peminat rock untuk bersama-sama menghayati lagu dan mesej dalam nasyid,” katanya.

 

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest