Connect with us
You Da Boss

Viral

Mahu Meriahkan Perkahwinan Guru, Lihat Apa Yang Dilakukan Pelajar Orang Asli Ini!

Terharunya!

Published

on

Masih ingatkah anda dengan guru yang pernah digelar seorang adiwira oleh kerana usaha yang dilakukannya untuk mengajar anak orang asli di sebuah sekolah di Pahang?

Kali ini Cikgu Samuel menerusi laman Twitter miliknya berkongsi kisah dan foto majlis perkahwinannya.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan kenangan yang paling terindah apabila 100 orang anak muridnya hadir ke majlis tersebut.

Siap buat persembahan lagi!

Menurut Guru Bahasa Inggeris ini,  sewaktu dia hendak berkahwin, anak-anak muridnya merupakan orang yang paling gembira mengetahui berita itu. Malah, mereka turut menyatakan hasrat menghadiri majlis perkahwinan itu.

Jarak perjalanan sejauh 200km dan menelan kos perbelanjaan yang tinggi tidak menjadi penghalang buat anak-anak orang asli hadir ke majlis berkenaan.

Samuel turut menyatakan bahawa dia tidak kisah mengenai perbelanjaan tersebut asalkan hasrat anak muridnya itu tercapai.

Anak murid guru berkenaan turut tidak melepaskan peluang untuk melakukan persembahan tarian kebudayaan mereka.

Semoga usaha murni anak-anak ini dapat dijadikan contoh buat pelajar-pelajar lain..

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest