Connect with us
Hot Kool Jam

Onz

Majlis Kahwin Ippo Hafiz Ada Kejutan?

Berbaki 10 hari sahaja lagi, Ippo bakal bergelar suami.

Published

on

Penyanyi lagu Saat Bahagia, Ippo Hafiz mengakui gementar membilang hari pernikahannya bersama Fara Roslan yang bakal berlangsung pada 24 Ogos ini.

Untuk yang belum tahu, Ippo berkenalan dengan Fara ketika mereka bekerjasama menghasilkan video muzik lagu Saat Bahagia tahun lalu.

“Persiapan semuanya sudah lengkap. Sangat mengujakan sebab saya dan Fara usahakan sendiri persiapan awal sehinggalah hari pernikahan kami,” katanya.

Apa yang lebih menarik, Ippo bakal memperdengarkan lagu baru yang masih lagi dirahsiakan judulnya pada majlis pernikahan itu nanti.

“Ia lagu bertemakan perkahwinan dan saya akan kongsi sebahagiannya di majlis akad nikah nanti. Jadi, selain majlis akad nikah, akan dirakamkan juga video muzik lagu baru ini.

Majlis akad nikah Ippo dan Fara akan diadakan di sebuah vila yang terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung pada 25 Ogos ini manakala pihak lelaki pula pada 31 Ogos.

“Selain dua majlis resepsi itu, Insya-Allah akan ada satu lagi majlis hujung tahun ini khas buat rakan-rakan artis,” ujar Ippo.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest