Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Makin Dikecam, Makin Trending Lagu Vroom Vroom Nabila Razali

Penyanyi yang digelar “Ratu gimik”, Nabila Razali baru-baru ini tampil dengan lagu terbaru berjudul Vroom Vroom.

Published

on

Penyanyi yang digelar “Ratu gimik”, Nabila Razali baru-baru ini tampil dengan lagu terbaru berjudul Vroom Vroom.

Berbeza dengan single sebelum ini, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Khong itu bertemakan women empowerment yang memperjuangkan hak wanita serta simbol kekuatan.

 

Selepas beberapa hari dilancarkan, ternyata single tersebut turut menerima kritikan negatif dari segelintir netizen yang tidak menyukai lagu terbarunya itu.

Malah, ada antara mereka yang menggunakan perkataan-perkataan kasar di laman komen untuk mengutuk gaya nyanyian Nabila.

Tidak cepat melatah, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini tetap tabah dan hanya membalas semula semua komen tersebut secara baik.

“Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima, lebih baik saya tak jadi penyanyi kan,” ujarnya.

Namun tanpa disedari, makin dikecam makin menjadi rupanya lagu Nabila Razali itu apabila Vroom Vroom trending nombor 3 di laman Youtube dengan lebih 1.5 juta tontonan.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada mereka yang menyokong biarpun ada segelintir yang masih tidak berpuas hati dengan lagu tersebut.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong. Walaupun ada lagi segelintir yang tidak dapat terima lagu tersebut,”katanya lagi.

 

 

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest