Connect with us
alt_img

Selebriti

Malas Layan Isu Mengarut Macam Ni! – Aiman Tino

Aiman Tino nafi remaja dalam video kontroversi adalah dirinya!

Published

on

Selepas sebulan isu aksi panas remaja lelaki dikatakan mirip Aiman Tino tular di media sosial, penyanyi itu kembali diheret kontroversi apabila satu lagi video dipercayai rakaman susulan disebarkan.

Aiman menafikan lelaki dalam video terbabit adalah dirinya dan menyifatkan individu yang menyebarkan rakaman itu sengaja mahu membunuh reputasinya.

“Mereka tidak pernah puas mengenakan artis dan terus terang saya katakan, saya malas layan isu mengarut seperti ini. Penyebaran video ini juga tidak memberi kesan kepada saya.

“Cuma, saya sedih isu yang tercetus meninggalkan impak negatif kepada peminat.”

Mengulas mengenai baju yang dipakai lelaki itu sama seperti persalinan yang dimilikinya, Aiman berkata, dia juga seperti orang lain yang mendapatkan pakaian di butik jenama tertentu.

Instagram Aiman Tino

Sementara itu, Aiman menegaskan, dia tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap penyebar video terbabit sekiranya isu itu berlarutan.

“Jika diikutkan, saya malas mahu mengambil tindakan mahkamah kerana ia akan memakan masa yang panjang. Tetapi, seandainya penyebar itu masih berdegil dan mahu terus menjatuhkan nama saya, kita jumpa di mahkamah nanti.

“Saya juga mencabarnya, jika dia masih tidak senang hati, sila berdepan dan bersemuka dengan saya.”

Sumber : Berita Harian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest