Connect with us
YouTube Hot TV Satu Juta

Selebriti

Manis Sangat, Mawar Rashid Kini Berhijab Sepenuhnya

Semoga terus istiqomah…

Published

on

Seorang lagi selebriti yang juga seorang pelakon iaitu Mawar Rashid, terbuka hati untuk berhijab sepenuhnya. Mawar berkongsi bahawa dirinya memutuskan untuk bertudung selepas hasrat itu terbantut sekian lama.

Berkongsi lebih lanjut, Mawar mula memakai tudung sepenuhnya pada 17 Ogos lalu. Berkongsi mengenai kisah disebalik mahu berhijrah, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata, hidayah untuk menutup aurat itu tiba selepas dia menyertai kelas agama.

“Sudah lama saya simpan hasrat untuk menunaikan kewajipan sebagai muslimah yang baik. Namun, itulah ada saja alasannya untuk melakukan perkara wajib ini.

“Ramadan lalu, saya ada juga cuba namun hati belum kuat untuk bertudung sepenuhnya. Alhamdulillah, hidayah akhirnya sampai untuk saya selepas menghadiri kelas agama dan mendalami Islam. Doakan saya terus istiqamah untuk mendapat keredaan Allah SWT,” kata Mawar

Pelakon manis ini turut memuat naik satu video, berkongsi mengenai nikmat dan rezeki yang dilimpahkan buat dirinya, membuatkan dirinya sedar dan berhijrah.

Mawar berkata, doa suaminya Raf Yakob juga akhirnya termakbul apabila sebelum ini sentiasa memberi kata semangat buatnya menunaikan kewajipan itu.

“Raf memang antara yang paling gembira dengan keputusan ini. Sebenarnya dia pun kerap menyarankan saya bertudung sebelum ini tapi tidaklah memaksa.

“Alhamdulillah, saya akhirnya sedar ini tanggungjawab diri sendiri dan suami tidak lekang mendoakan agar saya terus istiqamah dengan penghijrahan ini,” katanya.

 

Baca juga artikel ini : Manisnya ini 5 selebriti wanita baru berhijab 2020

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest