Connect with us
Hot Selebriti

Onz

Masdo Kongsi Kisah ‘Seram’ Disebalik Lagu Kasih Dan Sayang

Meremang bulu roma!

Published

on

Setiap karya yang dihasilkan oleh penulis lirik mahupun penyanyi untuk sesebuah lagu itu sendiri, pasti ada cerita atau kisah yang ingin dikongsikan dan diluahkan menerusi penulisan tersebut.

Terbaharu, melalui temubual kumpulan Masdo bersama dengan penyampai radio Hot FM Deen, salah seorang anggota kumpulan itu iaitu Ali mendedahkan cerita disebalik lagu yang bakal dikeluarkan bulan depan.

Lagu yang bertajuk Kasih Dan Sayang itu diilhamkan daripada kisah warga asing yang berbuat baik terhadap gelandangan negara kita. Jom kita dengar kisahnya:

View this post on Instagram

Wuish, deep lah ilham lagu Kasih Dan Sayang ni! Bukan biasa-biasa tau Ali pakai ilmu makrifat 😂 Jom dengarkan Jam Hot petang ni bersama Masdo, ada special preview lagu terbaru tau! Hanya di Hot FM 😘 @kugiranmasdo @deen_hotfm #KasihDanSayang

A post shared by Hot FM (@hotfm976) on

Perkara tersebut sedikit sebanyak telah membuka mata Ali sekaligus mendapat ilham untuk mencipta kelainan pada buah tangan terbaharu mereka.

Masdo ditubuhkan awal tahun 2015 dan dianggotai oleh Azham Ahmad (drummer), PutuCeri (bass), Mawi (gitar) dan AliSariah (vokal/gitar).

Sebelum ini, Masdo lebih dikenali dengan nama The Lipstik. Tetapi selepas rombakan ahli kumpulan, AliSariah sebagai ahli utama dalam band The Lipstik telah membuat keputusan untuk menukarkan nama mereka.

Masdo adalah sebuah kumpulan yang memainkan musik Pop berasaskan muzik 60’an dan digubah mengikut citarasa masa kini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest