Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Masih Menjaga Batas Sebagai Isteri Dan Ibu, Adira Tolak Kontroversi Murahan

Seorang penyanyi, isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Adira Suhaimi tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi kerana bimbang ia boleh menjejaskan emosi anaknya. 

Published

on

Seorang penyanyi, isteri dan ibu kepada dua cahaya mata, Adira Suhaimi tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi kerana bimbang ia boleh menjejaskan emosi anaknya.

Baru-baru ini, Adira melancarkan muzik video lagu terbarunya berjudul Pujaan Hati  dan berharap agar peminat dan netizen tidak mengecam tindakannya yang melakonkan babak bersentuhan dengan model lelaki dalam muzik video berkenaan.

“Saya sekadar melakonkan babak untuk disesuaikan dengan jalan cerita video muzik itu, namun saya tetap menjaga batas sebagai isteri dan ibu. ” katanya.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu ini, babak bersentuhan itu dilakonkan demi menampakkan jalan cerita yang lebih real, dan dia sudah memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada suaminya, Datuk Red.

“Perkara itu sudah saya maklumkan kepada suami dan dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat apabila saya mahu kembali aktif.” ujarnya.

Dalam pada itu, Lagu Pujaan Hati semakin hari semakin mendapat tempat di hati peminat, lebih-lebih lagi apabila ia dijadikan runut bunyi (OST) bagi drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda di slot Akasia TV3.

Ibu kepada Anggrek dan Assan itu juga setakat ini tidak pernah terfikir untuk meninggalkan dunia nyanyian, walaupun rutin hariannya kini semakin padat.

 

“Masih banyak yang ingin saya capai sebelum meninggalkan bidang nyanyian, apatah lagi apabila ia menjadi sumber pendapatan utama saya,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest