Connect with us
Hot Kool Jam

Inspirasi

Masjid Tawar Habuan Istimewa Buat Jemaah Cilik!

Saya menang basikal

Published

on

Menjelang sahaja bulan yang mulia ini, terdapat pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak surau atau masjid dalam usaha menghidupkan suasana di kawasan rumah ibadah tersebut.

Ada yang menyediakan moreh selepas solat sunat Tarawih, ada yang membuat ceramah agama dan banyak lagi.

Namun, lain pula bagi jemaah di sebuah masjid di Bachok Kelantan.

Menurut imam masjid itu Encik Baharin Yusoff, program tersebut telah pun dianjurkan sejak tahun lepas lagi.

Kanak-kanak yang mahu terlibat untuk mendapatkan basikal perlu mendaftar nama masing-masing dan datang ke masjid untuk menunaikan 3 waktu solat.

Datang Subuh, Maghrib dan Isyak.. Boleh menang basikal.

Menurut Baharin, pada mulanya mereka mungkin datang disebabkan mahu basikal tersebut. Namun, lama kelamaan timbul minat mereka untuk ke masjid bagi tujuan beribadat.

Tambahnya lagi, lebih 100 kanak-kanak hadir ke masjid itu bagi solat Tarawih, namun 15 daripadanya berjaya hadir pada 3 waktu solat yang ditetapkan.

Wah seronoknya! Semoga perkara baik ini dapat dijadikan contoh pada jemaah lain.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest