Connect with us

Selebriti

Maya Karin Kongsi Foto Naik Tren Hadiri Event, Sempoi Je!

No stress bak kata Maya…

Published

on

Aktress terkenal, Maya Karin baru-baru ini mencuri tumpuan peminat apabila memilih pengangkutan awam untuk ‘bergerak’ ke sebuah majlis anugerah.

Menerusi laman Instagram miliknya, Maya ada memuat naik sekeping foto di dalam MRT (Mass Rapid Transit) yang sedang menuju ke arah Masjid Jamek.

Kapsyen yang ditulis juga jelas menunjukkan Maya mengambil langkah bijak apabila menaiki pengangkutan awam untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas.

“Hmm geram sikit sebab dua minggu lepas operation mata tak boleh pakai make up mata. Otw to Masjid Jamek, event River of Life dengan orang awam dan menteri Wilayah Persekutuan.
#riveroflife #riveroflifekl #malampenganugerahanROL #mrt #nostress,” tulisnya.

Lantas, perkongsiannya itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dengan rata-rata memuji kecantikkan pelakon filem Munafik ini biarpun tidak mengenakan solekan pada mata.

Selain itu, mereka juga suka dengan sikap Maya yang sempoi menggunakan pengangkutan awam. Cayalah!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest