Connect with us
Duit Dari Kayangan

Selebriti

Menghitung Hari Pernikahan Mira Filzah, Ucapan Ibu Mertuanya Buat Ramai Tersentuh

Sebak..

Published

on

Tinggal beberapa hari sahaja lagi buat pelakon dan pengacara Mira Filzah dijangka melangsungkan pernikahannya dengan jejaka pilihan hati bernama Wan Emir Astar.

Bagi seorang ibu, pastinya mereka turut berasa gementar dan sedih dalam satu masa untuk melepaskan anak yang dilahirkan dan dibesarkan.

Begitu juga buat ibu kepada Emir iaitu Datin Mastura Yazid yang menitipkan ucapan khas buat anak sulungnya yang bakal menamatkan zaman bujang di laman Facebook miliknya.

“Emir, ingatlah pesanan Arwah Papa.”

Ucapan berkenaan mengundang sebak netizen ketika ibunya memaklumkan arwah bapanya mahu membina pelamin Emir dengan rekabentuknya sendiri, sama seperti yang dilakukannya buat perkahwinan adiknya Imar.

Bagaimanapun katanya memori tersebut akan terpahat dalam ingatannya dan akan cuba sedaya upaya untuk melunaskan tanggungjawab dan permintaan suaminya.

“Antara pesanan Arwah Papa untuk Emir, Jadilah seorang Suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.” tulisnya

Mira Filzah dan Wan Emir Astar dijangka akan bernikah seminggu selepas tarikh pelakon dan pengacara program Nona itu menyempurnakan majlis khatam Al-Quran.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Facebook

Advertisement

Latest