Connect with us
Projek Radio

Muzik

Mesej Disebalik “How You Like That” Beri Penangan Hebat Kepada Peminat BLACKPINK

200 Juta tontonan dalam masa 7 hari ditayangkan?!

Published

on

Selepas kejayaan lagu berjudul “Kill This Love”, kali ini BLACKPINK tampil dengan lagu terbarunya, ‘How You Like That” yang dirilis pada tanggal 26 Jun 2020, kini mendapat hampir 200 Juta tontonan dalam masa 7 hari ditayangkan. Ahli kumpulan BLACKPINK, Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa kembali dengan single baru yang akan dikeluarkan  bersama album penuh BLACKPINK yang dijadualkan pada bulan September.

Penangan “How You Like That” ini sekaligus menjadikan ia video paling banyak ditonton dalam masa 24 Jam di YouTube dengan 86.3 juta tontonan. Untuk pengetahuan anda, rekod terdahulu dipegang oleh kumpulan BTS menerusi muzik video lagu “Boy With Luv” yang menerima tontonan 74.6 juta dalam tempoh 24 jam tau!

BLACKPINK To Perform “How You Like That” For 1st Time On “The ...

Tambahan lagi, pihak Guinness World Records telah mengumumkan bahawa BLACKPINK telah membolot lima rekod baharu menerusi muzik video “How You Like That” itu. Akan tetapi, jumlah tontonan yang mencanak naik itu adalah seperti yang dijangkakan, memandangkan peminat sudah lama menunggu muzik baru dari mereka. 

YG Entertainment Hilangkan Patung Dewa Ganesha di Video BLACKPINK ...

Selain itu, lirik di dalam lagu ini juga memberi pesanan yang menggambarkan walau apa jua yang berlaku, kita harus terus kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran. Kepada setiap orang yang meragui kejayaan anda, percayalah itu bukan satu halangan. Untuk membantu menyampaikan mesej mereka, BLACKPINK mengeluarkan muzik video epik yang dipenuhi dengan begitu banyak visual yang indah yang memperlihatkan keyakinan gadis-gadis itu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement
Advertisement

Latest