Connect with us

Drama

“Mia Adriana Is Back” Siti Saleha Maklum 7 Hari Mencintaiku 2 Sudah Mula Penggambaran

Siapa team Mia?

Published

on

Drama yang mula mendapat perhatian ramai pada tahun 2016, 7 Hari Mencintaiku nampaknya bakal melebarkan sayapnya dengan menghasilkan sequel tidak lama lagi.

Perkara berkenaan disahkan sendiri oleh pelakon utamanya Siti Saleha yang turut memegang watak sebagai Mia Adriana menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Drama yang pernah mendapat sambutan selain membolot 6 anugerah bagi kategori DFKL pada tahun 2016 itu bakal menayangkan sambungannya 7 Hari Mencintaiku 2 pada April 2020.

Ditambah lagi dengan mulut laser Mak Leha (Liza Abdullah) yang tidak sebulu dengan Mia Adriana, menjadikan novel kedua ini lebih ‘menyakitkan’ hati.

Untuk kesinambungan ini, drama yang diadaptasi daripada kisah novel tulisan Siti Rosmizah tidaklah sia-sia. Kali ini penulis memberi penekanan kepada watak-watak sampingan seperti kisah rumah tangga Helmi (Syazwan Zulkefly) dan Sofi (Wan Sharmila), Nad-Zaidi dan juga kejahatan Puan Hayati-Syakila-Nurul Ain-Datuk Johari dan ramai lagi watak antagonis, sedikit sebanyak menjadikan karya kali ini tidak hanya berfokus pada konflik Khuzairi semata-mata.

Drama rantaian ini dikhabarkan bakal menghiasi slot akasia TV3 mulai 20 April 2020.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest