Connect with us
Hot Kool Jam

Selebriti

Mia Ahmad Throwback Foto Dilamar Suami

Doakan yang baik-baik buat pasangan ini.

Published

on

Sejak kebelakangan ini, banyak berita perceraian berlaku dalam kalangan artis tempatan.

Jika masih ingat, rumah tangga pelakon Mia Ahmad juga pernah diuji apabila suaminya, Mohd Izham Tarmizi didakwa berlaku curang ketika Mia berada dalam pantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Sayf Issa.

Namun, kemelut rumah tangga mereka berjaya diselesaikan dengan baik dan kini masih memperbaiki hubungan masing-masing.

Terbaru, Mia menerusi laman Instagram telah memuat naik foto throwback saat dia dilamar suami, yang juga merupakan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu.

“The day I was proposed to. Alhamdulillah… bersyukur dapat merasa menjadi seorang isteri. Bersyukur jodoh kami sehingga ke saat ini. Terima Kasih buat yang mendoakan kami berdua,” tulisnya.

Rata-rata netizen juga mendoakan kebahagiaan Mia dan suami dan berharap ikatan perkahwinan mereka kekal utuh sehingga ke jannah.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest