Connect with us

Viral

Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Menyebabkan Maut

Awas!

Published

on

50% daripada tubuh individu terdiri daripada air. Tanpa adanya air, kita tidak akan mampu menjaga suhu badan yang normal.

Menurut fakta yang dilakukan oleh sebuah institusi perubatan, tubuh kita memerlukan air atau cairan yang berguna untuk memproses pencernaan, penyerapan zat atau kandungan makanan untuk tenaga, peredaran darah atau pencernaan.

Benar, kita perlu banyak minum air agar badan tidak dehidrasi atau kekurangan air, untuk menghidarkan diri daripada sebarang penyakit. Namun baru-baru ini, Kementerian Kesihatan melalui ciapannya menyatakan seseorang itu tidak boleh terlampau banyak minum air kerana ia boleh menyebabkan Hyponatremia yang memberi kesan kepada keseimbangan elektrolit (kepekatan garam) dalam badan.

Ia juga mampu membahayakan kesihatan kerana boleh menyebabkan sawan, koma dan maut.

Menerusi bebenang (thread) ciapan berkenaan juga, kementerian itu menasihatkan agar minum air setiap hari iaitu antara 6-8 gelas sehari bergantung kepada faktor fizikal aktiviti, cuaca, dan status kesihatan individu itu sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat juga yang memberi respon dengan meletakkan panduan untuk masyarakat agar mereka boleh tahu mengenai tahap kekurangan air itu sama ada terlebih ataupun tidak.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat buat masyarakat diluar sana untuk mengawal pengambilan air putih.

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest