Connect with us
You Da Boss

Onz

Mira Filzah Dilamar

Baby sayaaang!

Published

on

Pelakon kesayangan ramai, Mira Filzah mengakui dirinya dilamar seseorang.

Bukan sebagai isteri, tetapi bagi tujuan penampilan istimewa dalam muzik video (MV) penyanyi, Caprice berjudul Baby Sayang.

‘Baby sayang’ menjadi kata-kata yang menjenamakan Mira Filzah, gara-gara dia menjawab soalan peminat ‘baby’ atau ‘sayang’ ketika sesi live chat Instagram sekitar awal Mei lalu.

“Sebelum Caprice muat naik foto Mira di Instagram miliknya itu, dia sudah hubungi Mira dan ada tawarkan Mira untuk muncul dalam MV tersebut.

“Kata Caprice, memandangkan Baby Sayang itu sudah ada bayangan Mira, jadi dia rasa lebih baik jika Mira turut ada dalam MV tersebut.

“Buat masa ini, apa yang Mira boleh cakap, kami masih lagi dalam perbincangan sebab jadual Mira pun padat dengan jadual penggambaran drama dan sebagainya. Insya-Allah…kalau ada rezeki,” kata pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

Pada 25 September lalu, Caprice berjanji akan menampilkan Mira di dalam MV Baby Sayang jika dia menerima lebih 200,000 tanda suka dari pengikut, dan sehingga  kini ia meraih hampir 400,000 sejak dimuat naik.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest