Connect with us
You Da Boss

Hiburan

Misha Omar Menangis Atas Pentas AJL33… Ini Sebabnya.

Nyanyian padu Misha  melayakkannya menerima trofi Vokal Terbaik , dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000.

Published

on

Pada malam Anugerah Juara Lagu ke 33, Misha Omar yang membuat kemunculan semula selepas berehat seketika, menjadi finalis nombor 11 membuat persembahan, menyanyikan lagu Sampai Bila.
Sampai Bila dicipta oleh Sharon Paul dan lirik adalah hasil nukilan Fedtri Yahya bersama Shah Shamsiri.

Seperti yang dijangka, nyanyian padu Misha  melayakkannya menerima trofi Vokal Terbaik , dan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM 12,000.
Pada masa sama, Misha juga memenangi tempat ketiga AJL33 dan menerima trofi serta hadiah wang tunai RM20,000.
Sejurus berakhir persembahannya, Misha dilihat menangis teresak-esak sebelum meninggalkan pentas.
Misha ketika hadir untuk sesi temuramah bersama Geng Pagi Hot memberitahu,
“Saya hampir tak mampu menghabiskan persembahan di dua note terakhir semasa menyanyi, kerana terlalu terharu dengan sorakan penonton di stadium, yang menyeru nama saya berkali kali.”
Menurutnya, ia satu saat yang “priceless”.

Misha sebelum ini pernah menitiskan air mata ketika pelancaran single terbarunya itu, mengenangkan ujian yang dihadapinya menyiapkan karya itu.
Misha berkata,
“Sejak bergelar ibu, saya mudah menitiskan air mata. Ketika merakamkan lagu ini, anak saya Idris kerap berdepan masalah kesihatan yang tidak dapat saya kongsi kepada umum.”
Misha juga memaklumkan, dia juga berdepan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan hingga kerap hilang suara, selain perlu mengambil kelas vokal bagi memperbaiki suara selepas melahirkan Idris.
Misha menyifatkan Sampai Bila memberi kesan mendalam terhadap kehidupannya dan berharap single itu dapat memberi kekuatan kepada individu lain berdepan ujian hidup.
Tahniah Misha Omar, kerana membuat comeback yang sememangnya berbaloi!

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest