Connect with us
You Da Boss

Muzik Buzz

Model Haneesya Hanee Kini Menyanyi?

Projek kolaborasi masih dirahsiakan

Published

on

Model berusia 19 tahun Haneesya Hanee memberitahu Berita Harian dia sudah merakamkan satu lagu bersama sebuah kumpulan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Haneesya berkata,

“Buat masa ini saya belum dapat kongsi nama kumpulan yang terbabit dalam projek single ini. Saya mahu ia menjadi kejutan pada hari pelancarannya tidak lama lagi”

“Selama ini pun, saya cuma menyanyi dengan adik secara suka-suka, dikongsi di Instagram, tapi dipujuk kumpulan itu untuk berkolaborasi bagi meraih pengalaman baharu.”

Haneesya juga memberitahu, kerja rakaman dan penggambaran video muzik lagu itu sudah pun disiapkan, dan mereka dijangkan melancarkan lagu itu pada awal Disember atau awal tahun 2020.

Dalam perkembangan lain, Haneesya kini sedang membuat persediaan sebagai peserta sebuah pertandingan realiti pencarian model profesional.

Dia bakal bersaing dengan beberapa peserta dari Indoneia, Thailand, Myanmar, Korea Selatan, India, dan Singapura.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest