Connect with us
Hot Kool Jam

Hiburan

Mohon Maaf Secara Terbuka, Air Mata Janna Nick Tumpah…

Pelakon Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly serta keluarga, sekiranya ada perbuatan atau kata-katanya mengguris hati.

Published

on

Pelakon Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada penerbit dan pelakon Sheila Rusly serta keluarga, sekiranya ada perbuatan atau kata-katanya mengguris hati.
Menurut Janna, dia mahu hubungan akrab antara mereka pulih semula.
Janna juga mendedahkan, dia tidak mengetahui tahu punca hubungan mereka keruh, dan cuba menghantar mesej kepada Sheila dan keluarga. Janna juga bersedia untuk berjumpa dan bersemuka untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Semalam, Janna berkata,
“Sebelum ini, saya ambil langkah kanan, salah, langkah kiri, salah, lebih baik mendiamkan diri, tapi saya ada juga memohon maaf, dan semoga Tuhan lembutkan hati mereka untuk memaafkan saya.”
Sambil menitiskan air mata, Janna berkata,
“Saya taknak ada rasa dendam, rasa benci… sebab kita pernah sayang.”
“Saya takkan guna sosial media sebagai tempat untuk menyindir atau mengaibkan orang”

Kata Janna, dia tetap mempromosi drama Leftenan Zana, tanpa rasa prejudis, dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, walau apa pun yang telah terjadi.


Menurutnya,
“Saya salute semua tentera di Malaysia kerana mereka mampu menjalankan latihan dan tugas menjadi tentera. Bukan mudah.”
Sebelum ini, Sheila Rusly memuat naik sekeping gambar mempromosi drama Leftenan Zana yang turut dibintangi Janna.
Kapsyen gambar mengundang spekulasi dan mencetus banyak andaian di kalangan peminat.
“Kalau rasa nak tengok, silakan… Mungkin tidak sehebat yang diharapkan dan tak semudah juga untuk sis menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang.”
Walaupun status tidak menyebut nama, ramai yang mengaitkannya dengan Janna.
Kata Janna lagi,
“Kalau hubungan terputus di dunia ni, semoga kita berjumpa kat syurga, dan saya tetap mendoakan diorang dalam doa saya.”

Continue Reading
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement
Advertisement

Latest